Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di Amerika Syarikat.
Seperti yang telah saya nyatakan beberapa kali di dalam artikel sebelum ini, bahawa musim panas tahun 2022 nampaknya panjang dan meleret sehingga ke bulan pertama musim luruh. Adalah luar biasa apabila musim luruh bulan September masih bersuhu tinggi dan saya masih lagi memakai pakaian musim panas. Biasanya pada tahun-tahun sebelumnya penghujung musim panas cuaca sudah mulai dingin dan sejuk.
Oleh kerana musim panas yang panjang, maka daun-daun di pokok juga lambat bertukar warna dan gugur. Sehinggalah pada penghujung bulan Oktober atau satu bulan selepas musim bulan pertama musim luruh, baharu cuaca mulai dingin dan suhu rendah.
Saya mengambil kesempatan mengambil gambar dan video pemandangan pada hari saya keluar berjalan kaki ke hospital yang suhunya di bawah 10 darjah Celsius. Keesokan harinya saya keluar pada awal pagi berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan saya dengan suhu pada waktu itu antara 5 dan 3 darjah Celsius. Pada hari yang lain pula saya rakamkan gambar dari dalam kereta sahaja kerana saya dan suami di dalam perjalanan menuju ke restoran.
Saya akan siarkan video pemandangan musim luruh di dalam saluran You Tube Shery On The Move tidak lama lagi. Sesiapa yang belum subscribe saluran saya, anda boleh terus ke link yang saya letakkan di bawah ini.
https://www.youtube.com/@SheryNN