Skip to content

Musim Luruh Melawat Ladang Labu (2)

Artikel ini bersambung dari bahagian 1. Anda tidak akan mengetahui cerita keseluruhan jika tidak membaca dari bahagian sebelumnya. Sila klik link di bawah untuk membaca artikel bahagian 1 yang disiarkan pada 18 Disember 2022.

Setiap pemegang tiket dapat membawa pulang sebiji labu percuma. Mereka boleh memilih apa sahaja saiz yang disukai. Untung bagi pengunjung yang datang dengan keluarga besar kerana boleh bawa pulang labu seorang setiap satu. Saya melihat ramai dari mereka yang datang dengan membawa troli sendiri.

Di bahagian bawah artikel ini anda dapat lihat satu gambar di mana seorang lelaki meletakkan labu besar di bahu kanan beliau. Gambar itu dirakamkan sewaktu saya ingin berbaris untuk menaiki wagon dan pulang ke pintu masuk utama. Pada musim bunga matahari Ogos yang lalu, saya tidak perlu berbaris untuk pulang menaiki wagon. Tetapi pada kali ini barisannya terlalu panjang sehingga terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit.

Oleh kerana saya datang dengan menaiki bas, maka saya ambil yang bersaiz sederhana sahaja. Beg untuk masukkan labu telah saya bawa dari rumah. Jika saya datang menaiki kereta bersama suami, tentunya saya akan membawa pulang dua biji labu yang bersaiz besar (giant size).

Walaupun labu yang saya bawa pulang bersaiz sederhana tetapi ia tetap berat. Keesokan harinya tangan saya lenguh sebelah gara-gara membawa pulang sebiji labu. Semasa saya keluar dari pintu masuk utama, saya melihat barisan orang ramai yang beratur untuk membeli tiket masuk sudah berbelit-belit! Mujurlah saya datang sebaik sahaja ladang dibuka pada hari itu. Jika ada kesempatan pada tahun hadapan, saya akan pergi lagi bersama suami dan yang pastinya bukan pada hari Sabtu atau Ahad kerana terlalu ramai orang.

Anda boleh baca artikel penuh dan melihat banyak gambar sewaktu saya melawat ke ladang bunga matahari melalui link di bawah ini. Saya juga turut sertakan link video yang saya siarkan di saluran You Tube Shery On The Move.
Artikel Melawat Ke Ladang Bunga Matahari
https://sheryonthemove.com/?p=4845
Video Melawat Ke Ladang Bunga Matahari
https://youtu.be/xtsrvffwQMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *