Skip to content

Double Tree by Hilton Tempe, Arizona

Hotel yang saya menginap pada hari pertama kembara ialah di Double Tree by Hilton di Tempe, Arizona. Yang menariknya tentang hotel ini ialah ia seperti sebuah resort di tepi pantai sedangkan hakikatnya ia terletak di dalam bandar besar. Selepas daftar masuk di lobi, kami keluar dari bangunan utama dan berjalan kaki menuju ke bangunan bilik hotel setinggi tiga tingkat.

Selepas mandi dan berehat, saya dan suami kemudian keluar untuk makan malam dan setelah pulang baharu saya meninjau dan mengambil gambar di sekitar kawasan hotel. Oleh kerana negeri Arizona ini terkenal dengan pokok kaktus, maka di kawasan hotel ini terdapat banyak pokok kaktus yang besar dan tinggi.

Bilik tidur yang saya bermalam agak besar dan selesa. Segala kelengkapan lain termasuk tuala semuanya mencukupi. Kolam renang dan jakuzi terletak di kawasan pekarangan hotel antara bangunan lobi dan bangunan bilik. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi juga adalah percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *