Skip to content

Selamat Hari Ulang Tahun ke-12 Blog Terjemahan Hati

Hari ini, pada 12 tahun yang lalu blog Terjemahan Hari dilahirkan di Perth, Australia Barat. Walaupun saya sudah lama mengimpikan untuk menulis, tetapi saya tidak pernah bersedia awal untuk memilih tajuk blog. Nama Terjemahan Hati dan alamat blogspot itu datang secara tidak langsung yang kebetulan saya ingin meluahan perasaan. 

Sejak beralih ke laman web sendiri (Shery On The Move) pada September tahun lalu, saya tidak lagi menulis di blog Terjemahan Hati akan tetapi anda masih boleh membaca atau mencari maklumat kembara di sana. 

Sayangnya saya terhadap blog Terjemahan Hati sukar untuk dikata. Hanya saya sahaja yang merasainya. Blog ini telah memberikan saya banyak pengajaran di dalam kehidupan. Blog ini telah menemukan saya dengan pembaca yang sudah menjadi sahabat saya. Blog ini telah beberapa kali mendapat perhatian dari penulis dan wartawan dari Malaysia dan Singapura sehingga ia dapat disiarkan di dalam surat khabar. Blog ini pernah mendapat pujian dari penyanyi antarabangsa Yuna. Blog ini telah membantu ramai pengembara untuk kembara mereka. Blog ini juga membantu pembaca saya memperbaiki bahasa Melayu mereka.

Saya tidak hidup dengan pujian. Saya tidak sempurna. Setiap hari saya masih memperbaiki diri di dalam bidang penulisan. Kita manusia perlu menjadikan kehidupan seharian sebagai mata pelajaran. 

Sewaktu saya menulis ini, saya berasa sebak. Blog Terjemahan Hati ibarat ‘anak’ saya. Oleh kerana itulah saya masih ingat akan hari ulang tahunnya. 

Selamat Hari Ulang Tahun ke-12, Blog Terjemahan Hati! 🥳Terima kasih kerana telah memberikan memori terindah. ❤️

SHERY NN

7 Januari 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *