Hari ini bersamaan 14 April ialah hari ulang lahir mak saya. Jika mak masih ada, umur mak sekarang ialah 83 tahun. Sudah dua tahun mak tidak dapat menyambut hari lahir di dunia ini.
Saya bersyukur kerana berpeluang menyambut hari lahir mak pada tahun 2019. Itulah kali terakhir saya dapat sambut bersama dan memeluk serta mencium mak. Walaupun keadaan kesihatan mental dan fizikal saya tersangat lemah, tetapi saya tetap gagahkan untuk pulang bercuti ke Malaysia pada tahun itu.
Mak pergi pada 9 Disember 2020. Sehingga ke hari ini hati saya seperti dihiris-hiris apabila mengenangkan yang mak sudah tiada. Rindu yang teramat sangat hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Selamat Hari Lahir, Mak.
Luahan Hati,
Shery NN
14 April 2022
1:11 PM