Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada.
Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar dengan beberapa kapal terbang yang di pamerkan di tepi jalan. Tempat ini juga terletak tidak jauh dari pintu masuk Air National Guard. Anda boleh lihat gambarnya tiga dari bawah artikel ini.
Mengikut bancian sehingga tahun 2020, jumlah penduduk di Great Falls ialah seramai 60,442 orang. Jumlah itu merupakan satu kali ganda lebih banyak berbanding penduduk di ibu negeri Montana sendiri. Populasi penduduk di Helena ialah 32,091 orang. Mengenai bandar kecil Helena ini pernah saya ceritakan di dalam artikel terdahulu dengan tajuknya pemanduan dari Salt Lake City ke Helena. https://sheryonthemove.com/?p=1260