Pemanduan dari Helena, Montana bermula awal pagi. Dari hotel, https://sheryonthemove.com/?p=1262, kami memandu terus dan berhenti sebentar di Great Falls. Artikel mengenai Great Falls telah saya siarkan sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=1662.
Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja.
Jarak antara Helena dan Sweet Grass ialah dianggarkan 332 kilometer dengan menggunakan lebuh raya I-15 N. Kami merentasi gunung ganang dan kemudian hanya jalan raya yang rata yang kiri dan kanannya terdapat banyak ladang. Cuaca disepanjang pemanduan adalah adalah sedikit dingin.
Gambar terakhir yang dikongsikan di atas ialah di Sweet Grass. Artikel selepas ini ialah mengenai pemanduan dari Sweet Grass, Montana menuju ke destinasi terakhir iaitu Calgary, Alberta, Kanada. https://sheryonthemove.com/?p=1689