Skip to content

Fairfield Inn & Suites by Marriott Helena, Montana

Tidak ada sebarang aduan yang ingin saya katakan mengenai hotel yang saya dan suami menginap di Helena, Montana. Walaupun hotel ini agak kecil tetapi semua keperluan cukup serba serbinya. Sarapan pagi percuma turut dihidangkan kepada tetamu.

Oleh kerana saya terlalu letih dan menanggung kesakitan kaki, maka saya terpaksa melupakan hasrat untuk berenang. Saya tidak dapat rakamkan gambar kolam renang indoor, tab spa dan pusat kecergasan 24 jam (gym). Sekiranya anda ingin membuat persinggahan di Helena, bolehlah mengambil kira Fairfield Inn & Suites by Marriott sebagai hotel penginapan.
https://www.marriott.com/hotels/travel/hlnfi-fairfield-inn-and-suites-helena/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *