Skip to content

Pemanduan Dari Sweet Grass, Montana Ke Calgary, Alberta, Kanada


Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja.

Satu perkara penting yang ingin saya pesan ialah, sekiranya anda ingin ke tandas awam. Sila berhenti di Sweet Grass sebelum melepasi sempadan antarabangsa. Tandas di Sweet Grass sangat bersih. Bangunan dalaman dan luaran untuk tempat rehat ini sama seperti tempat rehat lain di negeri Montana. Anda boleh lihat gambar pertama yang saya muat naik di bawah ini.

Pekan kecil pertama selepas melepasi sempadan antarabangsa Kanada ialah Coutts, Alberta. Yang menariknya di sini ialah pemandu boleh berhenti untuk bergambar di tepi batu sempadan. Sekali lagi diingatkan bahawa tidak ada tandas awam atau tempat rehat di Coutts.

Cuaca pada hari pemanduan ialah terang dan berawan. Lebih kurang dua jam sebelum tiba di Calgary, suhu pula semakin menurun. Beberapa hari sebelum itu saya sudah melihat ramalan kaji cuaca yang menyatakan salji akan turun pada sebelah malam hari kedatangan saya. Nampaknya ramalan itu memang benar. Salji mulai turun sewaktu saya dan suami tiba di restoran untuk makan malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *