Courtyard by Marriott Calgary Airport terletak lebih kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Calgary. Jika dilihat di dalam peta, hotel ini memang bersebelahan dengan lapangan terbang. Yang membuatkan terasa jauh dengan jarak 10 kilometer itu ialah kerana perlu memandu seiring dengan keseluruhan panjang landasan.
Saya sangat berpuas hati menginap di hotel ini. Keperluan asas di dalam bilik serba serbi mencukupi kecuali ada satu barang yang tidak disediakan iaitu plastik untuk mencuci pakaian (laundy bag). Katilnya juga besar dan tinggi.
Saya tidak mengambil gambar kolam renang. Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk artikel mengenai hotel Residence Inn by Marriott Calgary Airport kerana hotel ini bersambung dengan Courtyard by Marriott. Jadi, kedua-dua tetamu hotel ini berkongsi kolam renang yang sama. https://sharery.blogspot.com/2021/06/residence-inn-marriott-calgary.html
Oleh kerana pada sebelah malam salji turun selama beberapa jam, maka keesokkan harinya pemandangan di luar hotel putih diselaputi salji.