Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada. Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar…
