Skip to content

Hampton Inn & Suites by Hilton Seattle/Northgate

Hampton Inn & Suites by Hilton Seattle/Northgate ialah hotel penginapan sewaktu saya dan suami menyambut hari ulang tahun perkahwinan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada bulan September yang lalu. Jarak antara hotel ini dan pusat bandar Seattle ialah 13 kilometer.

Kami memang kerap menginap di hotel Hampton Inn & Suites di Amerika Syarikat dan suka saya nyatakan di sini bahawa cawangan di Seattle/Northgate ini bersaiz besar jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan hotel Hampton Inn & Suites yang lain.

Saya juga berpuas hati dengan kualiti keseluruhan dalaman dan luaran hotel yang masih cantik dan nampak baharu. Sebenarnya memang hotel ini baharu dibuka beberapa tahun lalu. Bekas tapak lama hotel ini pernah menempatkan sebuah restoran Thai halal kegemaran saya dan suami. Kami pernah beberapa kali datang menjamu selera di situ pada tahun 2012.

Sepanjang puluhan kali bermalam di hotel Hampton Inn & Suites di AS, inilah pertama kali kami mendapat tempat meletak kenderaan bawah tanah. Tempat meletak kenderaan sebegini memang sesuai bagi tetamu terutama apabila mereka datang pada musim hujan dan bersalji. Tempat meletak kenderaan dan sarapan pagi adalah percuma.

Anda boleh tonton video sambutan hari ulang tahun perkahwinan saya di dalam saluran You Tube Shery On The Move. Link untuk video itu saya letakkan di sini. https://youtu.be/cC6Q3gokOwk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *