11 Ogos 2022
Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya. Untuk mendapatkan maklumat penuh dari awal, sila klik link di bawah ini.
https://sheryonthemove.com/?p=4716
Pemanduan hari kesebelas bermula dari Sacramento, California menuju ke Tigard, Oregon dengan jarak antara Sacramento dan hotel penginapan saya di Tigard ialah 921 kilometer. Di dalam gambar pertama, anda dapat lihat kesan selepas kebakaran hutan di bahagian pergunungan. Cuaca memang agak panas pada hari itu dan pemanduan berjalan lancar kecuali di satu bahagian di kawasan pergunungan di mana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan. Majoriti kenderaan yang tersangkut disitu ialah kenderaan berat.
Sewaktu berhenti lama akibat kesesakan itu, saya dan suami dapat melihat bagaimana ragam pengguna jalan raya dari Kanada (bukan kami). Seperti biasa dan tidak memeranjatkan, terlalu ramai pemandu dari Kanada yang menunjukkan ‘samseng’ apabila memandu di Amerika Syarikat (AS). Pada waktu itu pula, kami melihat penunggang motosikal dari Kanada yang nampak tidak sabar dan berbeza dengan penunggang motosikal dari AS.
Sebelum tiba di Tigard, kami makan malam di restoran halal kegemaran kami iaitu Dave’s Hot Chicken. Selepas itu baharu kami melakukan daftar masuk hotel. Sila tunggu artikel akan datang kerana saya akan siarkan artikel mengenai hotel yang baharu sahaja dibuka/dirasmikan.
12 Ogos 2022
Hari kedua ialah hari terakhir kembara berkereta (road trip) bahi bulan Ogos 2022. Sebelum pulang ke Kanada, saya dan suami telah ke beberapa pasar raya dan pusat membeli belah untuk membeli membeli beberapa barangan makanan dan keperluan lain yang tidak dijual di Kanada.
Pada 8 November yang lalu saya telah siarkan artikel mengenai lawatan ke kilang keju Tillamook. Pada lawatan itu suami saya ada membeli t-shirt sebagai cenderahati. Saya turut ceritakan bahawa keju Tillamook adalah halal.
Sewaktu kami ke pasar raya Target, saya mengambil kesempatan rakamkan gambar keju bercop halal kerana ingin tunjukkan kepada anda. Sila baca artikel lawatan ke kilang itu melalui link ini. https://sheryonthemove.com/?p=4390
Dari Tigard, pemanduan diteruskan ke Seattle. Kami turut membuat beberapa persinggahan di Seattle termasuk makan malam di restoran kegemaran kami Iaitu Red Lobster. Kami tiba di sempadan antara kedua buah negara lebih kurang jam 9:30 malam. Jumlah jarak pemanduan dari hotel di Tigard menuju ke rumah saya di Vancouver ialah 510 kilometer.
Terima kasih kerana sudi mengikuti dan membaca kesemuar artikel kembara saya terutamanya bagi kembara bulan Ogos ini. Saya akan siarkan beberapa lagi artikel mengenai musim panas bulan Ogos, dan diikuti pula kembara berkereta (road trip) AS bagi bulan September pula.