Walaupun saya dan suami sudah banyak kali menginap di rangkaian hotel Hampton Inn & Suites by Hilton di Amerika Syarikat, namun inilah pertama kali kami dapat bermalam di hotel yang baharu dibuka dan dirasmikan. Lebih dari itu, ini juga merupakan pertama kali kami bermalam di rangkaian hotel Hampton Inn yang terbesar yang belum pernah kami menginap di AS sebelum ini. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah lokasinya kerana ia terletak jaun sedikit dari kesibukan jalan raya besar dan tidak bercampur dengan mana-mana bangunan perniagaan yang lain.
Tempat meletak kenderaan percuma sangat besar dan luas dan ia mempunyai dua bahagian kerana hotel ini mempunyai dua pintu masuk utama. Saya juga suka melihat ruang lobi dan ruang makan yang sangat besar. Selalunya pusat perniagaan (business center) dikhaskan di dalam bilik tetapi berbeza di sini kerana ia hanya menempatkan dua booth kecil sahaja. Di atas meja turut disediakan komputer tablet.
Pada awalnya kami berkeinginan untuk mandi di kolam renang malangnya terlalu ramai orang kerana di negeri Oregon masih lagi cuti sekolah (summer break). Oleh sebab itu juga saya tidak dapat rakamkan gambar kolam renang kerana saya tidak mahu rakamkan mereka yang sedang berada di situ.
Saya berpuas hati dengan keluasan dan keselesaan bilik tidur. Ingin saya nyatakan di sini bahawa tidak semua tetamu hotel akan mendapat bilik suites yang mempunyai dapur. Suami saya ialah ahli Hilton berstatus Diamond, maka oleh sebab itu beliau kerap mendapat bilik besar tanpa diminta (upgraded).
Sarapan pagi disediakan kepada tetamu setiap hari secara percuma.\
Penginapan di sini juga telah membuatkan saya rakam terlalu banyak gambar kerana hotel ini sangat besar bagi taraf (standard) rangkaian Hampton Inn & Suites by Hilton. Anda boleh lihat gambar-gambar di bawah ini dan dapat faham dengan rumusan yang saya berikan di atas tadi.