Skip to content

Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmonton

Artikel ini ialah mengenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Edmonton pada hari pertama percutian musim sejuk bulan Mac 2023.

13 Mac 2023
Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 1:00 tengah hari dengan suhu 6 darjah Celsius. Dalam keadaan cuaca yang terang benderang, selepas beberapa minit berlepas, saya berpeluang melihat keindahan pusat bandar Vancouver dari tingkap pesawat. Kemudian pemandangan beralih pula dengan melihat gunung ganang yang diselaputi salji tebal sehinggalah mendarat di Edmonton.

Cuaca di Edmonton berbeza dengan di Vancouver kerana suhu sewaktu mendarat ialah -15 darjah Celsius dan juga mendung. Walaupun pada petang itu salji tidak turun tetapi salji yang sudah lama ada atas jalan sudah begitu tebal dan banyak juga yang sudah keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *