Skip to content

Element by Westin Edmonton West

Sepanjang lapan hari saya dan suami berada di Edmonton, Alberta, Kanada, kami menginap di dua buah hotel berbeza. Yang pertama ialah TownePlace Suites by Marriott Edmonton South https://sheryonthemove.com/?p=6585
dan kedua ialah Element by Westin Edmonton West.

Saya sudah beberapa kali menginap di hotel-hotel yang berdekatan dengan Element by Westin Edmonton West kerana kedudukan yang strategik. Ia berdekatan dengan pusat membeli belah, pasar raya, kafe dan restoran termasuk sebuah restoran halal (di belakang hotel).

Melalui pengalaman saya menginap di hotel Element di Kanada dan Amerika Syarikat, ada dua sebab saya menyukai rangkaian hotel ini. Yang pertama ialah kerana biliknya yang mempunyai dapur dan kedua ialah ruang lobi di tingkat bawah yang luas. Ia mempunyai banyak meja, kerusi sekaligus selesa untuk para tetamu berehat sambil menonton televisyen atau yang ingin membuat urusan kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *