Buffalo, Wyoming ialah sebuah bandar yang kecil. Hotel-hotel di sini agak terhad berbanding bandar yang berdekatan dengannya. Sekiranya anda memandu dari arah Denver atau Cheyenne, saya sarankan anda mencari hotel di sekitar Casper. Suami memilih untuk bermalam di Buffalo kerana jarak pemanduan yang masih tidak terlalu jauh dari Denver iaitu bandar yang kami bermalam satu hari sebelumnya. Kebetulan juga cawangan Hampton Inn & Suites memang hotel yang selalu kami menginap sewaktu melakukan kembara berkereta.
Kami tidak mempunyai sebarang masalah apabila bermalam di hotel ini. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari. Setiap hotel meletakkan waktu berbeza bagi tetamu hotel yang ingin menggunakan kolam renang dan pusat kecergasan (gimnasium). Yang menarik tentang hotel ini ialah jolam renang dan pusat kecergasan dibuka 24 jam.