Skip to content

Pemanduan Dari Denver Ke Buffalo

17 Jun 2022
Pemanduan hari ke-12 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 ialah dari Denver, Colorado menuju ke Buffalo, Wyoming dengan jarak antara kedua buah bandar ialah 626 kilometer. Bagi saya dan suami yang biasa melakukan pemanduan jarak jauh, jarak seperti ini adalah pendek bagi kami.

Walaupun ianya pemanduan yang pendek tetapi kami tidak terburu-buru untuk sampai ke Buffalo. Kami telah melakukan beberapa persinggahan ke beberapa tempat seperti;
Bangunan Perundangan Negeri Colorado
https://sheryonthemove.com/?p=3825
Pusat Bandar Denver
https://sheryonthemove.com/?p=3841
Wyoming Welcome Center
https://sheryonthemove.com/?p=3884
Cheyenne – Ibu Negeri Wyoming
https://sheryonthemove.com/?p=3915

Oleh kerana negeri Wyoming antara negeri yang terkenal cowboys, maka di mana-mana sahaja terdapat papan tanda cowboys termasuk di Jabatan Pengangkutan Wyoming. Anda boleh lihat gambar yang saya rakamkan di bawah ini.

Lebuh raya yang kami gunakan dari Denver ke Buffalo merupakan lebuh raya yang sama untuk mereka yang ingin ke Taman Negara Yellowstone. Taman Negara ini terpaksa ditutup kerana musnah teruk akibat dari cuaca buruk yang berlaku pada bulan itu. Banyak papan tanda elektronik telah memberi amaran bahawa kesemua laluan masuk ke Taman Negara telah ditutup. Pemanduan berjalan lancar dan kami selamat tiba di Buffalo lebih kurang jam 6:15 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *