Skip to content

Denver – Ibu Negeri Colorado

Denver merupakan ibu negeri bagi Colorado. Saya sudah beberapa kali datang ke Denver tetapi masih belum puas berjalan-jalan di bandar ini. Tambahan pula, pada 10 tahun lalu saya dan suami ingin melawat dan bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri tetapi pada waktu itu bangunan sedang dibaik pulih. Pada waktu itu kami sekadar lihat dari jauh sahaja.

Mengambil peluang pada hari ke-12 kembara USA bulan Jun 2022, sekali lagi kami ke pusat bandar untuk bergambar di hadapan bangunan ini. Tidak ada tempat meletak kenderaan khas untuk pelawat, jadi kami hanya letakkan di tepi jalan sahaja. Masih banyak tempat kosong kerana kami datang pada awal pagi.

Walaupun bangunan ini terletak di dalam pusat bandar, tetapi kawasan persekitaran termasuk padangnya begitu luas dan sekaligus ia tidak bercampur dengan kesesakan lalu lintas di dalam bandar. Tidak seperti bangunan perundangan negeri Ohio https://sheryonthemove.com/?p=3070 dan Indiana https://sheryonthemove.com/?p=3279 yang saya lihat bangunan serta kawasan luarannya agak kecil.

Anda juga boleh tonton video di saluran You Tube di mana saya telah rakamkan video sewaktu lawatan saya ke bangunan perundangan negeri Colorado. https://youtu.be/Yar_gBmcEBw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *