Skip to content

Indianapolis – Ibu Negeri Indiana

13 Jun 2022
Indianapolis ialah ibu negeri bagi negeri Indiana. Saya dan suami sudah banyak kali datang ke Indianapolis tetapi sewaktu pemanduan dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois, kami singgah sebentar ke bangunan perundangan negeri yang terletak di pusat bandar Indianapolis. Para pelawat boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam berbayar di kawasan yang berdekatan.

Bangunan perundangan negeri Indiana sama sahaja seperti bangunan perundangan negeri Ohio. Ia tidak begitu menarik perhatian saya kerana lokasi di dalam pusat bandar yang sibuk dan pintu masuk utama yang tidak begitu tersergam. Kawasan perkarangan di bahagian pintu utama tidak luas dan terlalu dekat dengan jalan raya. Saya membuat pemerhatian dan perbandingan melalui pengalaman saya yang telah melawat ke berpuluh-puluh bangunan perundangan negeri di Amerika Syarikat.

Anda boleh baca artikel mengenai bangunan perundangan negeri Ohio melalui link yang saya sertakan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3070

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *