Skip to content

Hampton Inn & Suites Springfield-Southwest

Kembara berkereta pada hari ke-8 ialah dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 517 kilometer. Sewaktu di Springfield, saya menginap di Hampton Inn & Suites Springfield-Southwest. Ia terletak 13 kilometer dari pusat bandar Springfield.

Tempat letak kereta untuk tetamu hotel tidak dikenakan bayaran. Lobi dan ruang makan agak luas dan selesa. Sarapan pagi dihidangkan percuma setiap hari, kolam renang terletak di dalam bangunan (indoor), dan bilik tidur serta tilam juga selesa. Cuma ada satu kekurangan mengenai hotel ini ialah tidak mempunyai mesin basuh dan mesin pengering.

Sebagai tetamu kerap Hampton Inn & Suites, saya berasa agak pelik apabila hotel ini mempuynai kedua mesin basuh dan pengering. Selalunya setiap hotel ada perkhidmatan cuci layan diri. Lebih mengecewakan apabila hari itu memang memerlukan kami untuk mencuci pakaian yang banyak sementelah kami juga sampai di Springfield agak awal.

Tetamu hotel dibenarkan membuat cucian layan diri secara percuma di hotel bersebelahan iaitu Staybridge Hotel. Beritahu sahaja kepada penyambut tetamu Hampton Inn & Suites, kemudian mereka akan menelefon penyambut tetamu di Staybridge Hotel. Apabila sampai di hotel itu, mereka akan berikan kad hotel untuk masuk ke bilik mesin basuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *