Skip to content

Springfield – Ibu Negeri Illinois

13 Jun 2022
Kembara kali merupakan kedatangan kali ketiga saya ke ibu negeri Illinois iaitu Springfield. Kali pertama ialah pada tahun 11 September 2012 dan kali kedua pula ialah pada bulan Mac 2015. Artikel sewaktu lawatan saya pada tujuh tahun lalu boleh anda boleh baca di sini. http://sharery.blogspot.com/2015/05/rumah-kediaman-presiden-amerika.html

Pada hari Isnin kedatangan saya ke Springfield, saya dan suami telah makan malam di restoran Monical’s Pizza. Sebelum ini suami saya pernah datang ke restoran yang sama tetapi cawangan lain bersama rakan sekerja beliau.

Saya telah berikan komen mengenai pizza yang saya makan di Monical’s Pizza melalui video di saluran You Tube ruangan Shery NN Berbicara yang ke-64 yang merangkumi hari kembara ke-8 dan hari ke-9. Di dalam video yang sama saya turut rakamkan suasana persekitaran di dalam kedai. Link diletakkan di sebelah ini. https://youtu.be/rrUdqS0phlo

14 Jun 2022
Kedatangan kali ketiga ke Springfield membawa maksud ia juga telah tiga kali melawat dan bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri Illinois. Sebelum Barack Obama menjadi Presiden, di dalam bangunan inilah terletaknya pejabat beliau.

Kenangan pahit telah berlaku di Springfield sewaktu kedatangan saya pada kali ini. Patung monyet yang juga sahabat kembara saya telah tercicir di hadapan bangunan perundangan negeri. Saya bukan sahaja sedih tetapi terasa seperti hancur luluh apabila mengingatkannya. Kedua-dua patung kegemaran saya itu telah berpengalaman mengelilingi dunia.

Saya juga telah melawat ke Taman Negara Rumah Abraham Lincoln. Pada kedatangan tahun 2015, saya mengikuti lawatan masuk ke dalam rumah Abraham Lincoln, tetapi untuk kali ini saya hanya bergambar di hadapan pintu rumah sahaja. Pelawat perlu mendaftarkan diri lebih awal sekiranya ingin mengikuti lawatan tersebut.

Sewaktu melawat ke Taman Negara Theodore Roosevelt di North Dakota pada bulan Mei lalu, saya telah membeli pasport Taman Negara Amerika Syarikat. Kali ini saya bawa passport itu untuk mengambil cop di sini pula. Anda boleh baca artikel mengenai Taman Negara Theodore Roosevelt melalui link ini.
https://sheryonthemove.com/?p=2477

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *