Skip to content

Lincoln & Atlanta, Illinois – Route 66

14 Jun 2022
Pemanduan kembara pada hari ke-8 ialah dari Springfield menuju ke Peoria, Illinois. Sebenarnya jika memandu tanpa henti, waktu pemanduan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja dengan jarak antara kedua buah negeri ialah 120 kilometer. Tetapi oleh kerana kami menggunakan banyak jalan lama bersejarah Route 66, maka jarak dan masa pemanduan lebih sedikit dari yang asal.

Pekan kecil pertama yang disinggahi ialah Lincoln. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2022 ialah seramai 13, 058 orang. Tarikan utama pelancong (road side attraction) untuk datang ke bandar ini ialah terdapat patung gergasi Presiden Abraham Lincoln yang sedang membaca buku dan duduk di atas wagon.

Pekan kecil kedua yang disinggahi ialah Atlanta. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2022 ialah seramai 1,665 orang. Pekan kecil ini mempunyai banyak kedai-kedai lama yang masih utuh. Walaupun tidak semua, tetapi masih ada beberapa perniagaan yang masih beroperasi di dalam kedai ini. Sebab utama yang membuatkan saya suka dengan di Route 66 ialah mural serta papan tanda di bangunannya.

Satu lagi bucket list saya telah dicapai sewaktu berada di Atlanta. Saya akhirnya berpeluang melihat dari dekat dan bergambar dengan patung lelaki gergasi yang memegang roti sosej. Sudah bertahun-tahun lamanya saya telah melihat patung ini di dalam mana-mana Instagram kembara. Kerana itulah apabila datang ke sini, impian menjadi kenyataan.

Untuk melihat suasana sebenar di sekitar tempat-tempat yang saya lawati di Lincoln dan Atlanta, anda boleh tonton video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-64 hari kembara ke-8 dan ke-9 di saluran You Tube Shery On The Move. Link video saya letakkan di bawah ini.
https://youtu.be/rrUdqS0phlo

Untuk maklumat anda, saya dan suami telah memandu di jalan raya bersejarah Route 66 merentasi Amerika Syarikat sejak dari tahun 2012. Walaupun masih ada beberapa bandar yang belum dilawati, tetapi kami telah habiskan pemanduan di kesemua 8 buah negeri yang merangkumi Route 66 pada tahun 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *