Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya di mana saya telah melawat ke dua pekan kecil (Lincoln dan Atlanta) yang terletak di dalam jalan raya bersejarah Route 66. Artikel mengenainya boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3438
Sebelum ini saya hanya mendengar nama Pontiac kerana ada kereta yang namanya sama. Saya pasti anda juga pernah dengar akan kereta Pontiac buatan dari Amerika Syarikat. Kini saya berada di Pontiac, Illinois yang terkenal kerana jalan Route 66. Di sini juga terdapat beberapa muzium yang wajib dilawati oleh pelancong.
Tanpa dirancang, saya dan suami melawat ke salah satu muzium yang menyimpan sejarah Route 66. Petugas muzium juga sangat peramah sehingga beliau telah berikan kepada kami lencana percuma (sepatutnya lencana itu perlu dibayar).
Sebab utama yang membuatkan saya suka dengan Route 66 ialah mural serta papan tanda di luar bangunannya. Sekadar maklumat tambahan, saya dan suami telah memandu di jalan raya bersejarah Route 66 merentasi Amerika Syarikat sejak dari tahun 2012. Walaupun masih ada beberapa bandar yang belum dilawati, tetapi kami telah habiskan pemanduan di kesemua 8 buah negeri yang merangkumi Route 66 pada tahun 2015.
Untuk melihat suasana sebenar di sekitar tempat-tempat yang saya lawati di Lincoln, Atlanta, Pontiac, anda boleh tonton video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-64 hari kembara ke-8 dan ke-9 di saluran You Tube Shery On The Move. Link video saya letakkan di bawah ini.
https://youtu.be/rrUdqS0phlo
Tiga gambar di bawah ini dirakamkan setelah keluar dari bandar Pontiac. Pemanduan diteruskan ke Peoria dan kami singgah untuk bermalam di sana.