Skip to content

Hampton Inn Peoria East At The River Boat Crossing

Sewaktu berada di Peoria, Illinois, saya menginap di Hampton Inn & Suites by Hilton Peoria East At The River Boat Crossing. Kali ini memang tidak banyak gambar yang dikongsikan kerana cuaca yang terlalu panas sehingga menyebabkan saya hilang mood untuk rakam gambar.

Walau bagaimanapun saya ada sedikit ulasan yang ingin dikongsikan mengenai hotel ini. Dari segi lokasi, ia terletak 6 kilometer dari pusat bandar Peoria dan bersebelahan dengan Tasik Peoria. Sarapan pagi dan tempat meletak kenderaan adalah percuma. Mesin minum segera layan diri berbayar ditempatkan di tingkat bawah bawah sebaris dengan lobi.

Banyak hotel-hotel dari rangkaian Hampton Inn yang saya menginap sebelum ini telah dibaik pulih dan diubah suai kerana usianya yang lama. Saya berharap Hampton Inn Peoria East juga dapat dibaik pulih secepat mungkin kemudahannya sudah makin uzur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *