Skip to content

Hilton Garden Inn Denver South Park Meadows Area

Hilton Garden Inn Denver South Park Meadows Area terletak di bahagian selatan dari pusat bandar Denver. Jarak antara hotel dan pusat bandar ialah 31 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 25 minit. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran manakala sarapan pagi tidak dihidangkan percuma.

Bilik hotel bersaiz agak kecil tetapi cukup dengan segala keperluan seperti contoh peti sejuk, ketuhar gelombang dan mesin kopi. Saya berpuas hati kerana pihak hotel telah menukar permaidani baharu. Bentuk serta hiasan dalam di bahagian lobi hampir sama dengan hotel Hilton Garden Inn yang saya menginap di Bloomington, Minnesota https://sheryonthemove.com/?p=2427
dan di Fargo, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2299 sewaktu melakukan kembara pada bulan Mei 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *