Skip to content

Pemanduan Dari Lincoln Ke Denver

16 Jun 2022
Pada hari ke-11 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022, saya dan suami menyambung pemanduan dari Lincoln, Nebraska menuju ke Denver, Colorado. Jarak antara Lincoln dan Denver yang dikira dari kedua buah hotel yang kami menginap ialah 806 kilometer.

Selepas sarapan pagi di hotel Hampton Inn & Suites Lincoln, kami memandu untuk meninjau Lapangan Terbang Lincoln yang terletak berdekatan dengan hotel sahaja. Link artikel hotel boleh anda klik di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3720
Kemudian, baharu kami meneruskan pemanduan ke Denver.
Cuaca pada hari itu panas terik dan suhu juga sangat tinggi sehingga mencecah ke 43 darjah Celsius.

Kami ada membuat persinggahan di tempat rehat, kafe Dunkin Donut, mengisi minyak kereta dan pusat khidmat pelancong Colorado. Kesemua tempat persinggahan ini telah saya rakamkan videonya berserta maklumat yang saya huraikan sekali. Anda juga boleh tonton di dalam video mengenai kisah lucu yang berlaku di kafe Dunkin Donut pada itu. Semua kisah menarik ini boleh anda tonton di dalam video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-66 di saluran You Tube Shery On The Move. https://youtu.be/Yar_gBmcEBw

Tiba di Denver, kami daftar masuk dahulu ke hotel dan letakkan semua beg. Kemudian kami ke pusat bandar Denver untuk makan malam. Kami memilih Dave’s Hot Chicken yang semua cawangannya menghidangkan daging ayam halal. Sewaktu pemanduan untuk pulang ke hotel, saya dapat rakamkan bentuk awan yang nampak pelik. Kata suami, bentuk awan itu menandakan thunderstorm clouds. Memang benar kata suami kerana keesokan harinya beberapa negeri di bahagian utara mengalami cuaca buruk tetapi ia tidak dialami di Denver.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *