Saya dan suami menginap dua malam di Hilton Garden Inn di Bloomington. Yang menarik tentang hotel ini ialah ia terletak berdekatan dengan pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat iaitu Mall Of America (MOA). https://sheryonthemove.com/?p=2407
Rangkaian hotel Hilton Garden Inn di sini nampaknya sudah bertukar wajah. Konsep di dalam bilik dan bilik air sudah diubahsuai menjadikan ia lebih simple dan minimalis. Anda boleh lihat perbezaan dengan bilik hotel Hilton Garden Inn Fargo yang saya menginap pada malam sebelumnya . Di mana biliknya masih berkonsep lama. https://sheryonthemove.com/?p=2299
Hotel ini tidak menyediakan sarapan percuma tetapi meletak kenderaan di perkarangan tidak dikenakan bayaran. Melalui tingkap bilik jelas kelihatan IKEA dan bersebelahan dengannya ialah MOA.