Skip to content

Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinson

Jarak pemanduan dari hotel Hilton Garden Inn menuju ke Dickinson, North Dakota ialah 861 kilometer. Ada dua tempat yang kami singgah iaitu di Jamestown di mana di situ terletaknya replika kerbau terbesar dunia. Ia terletak tidak jauh dari susur keluar lebuh raya.

Kemudian kami singgah di ibu negeri North Dakota iaitu Bismarck.
Walaupun sebelum ini kami sudah melawat ke bangunan pentadbiran dan perundangan negeri (State Capitol), tetapi kali ini tetap mahu singgah dan mengambil gambar.

Nampaknya ada sedikit perubahan yang terdapat di sini di mana batu yang ditulis North Dakota State Capitol telah ditukar kepada lebih besar. Anda boleh gambar sewaktu saya berdiri di hadapan batu yang sama tetapi bersaiz kecil di dalam artikel lama. https://sharery.blogspot.com/search?q=bismarck

Pemanduan pada hari ini sangat membosankan tambahan pula sejak dari pagi saya sudah mula rasai yang badan tidak sihat dan tekak pedih. Satu kelebihan apabila memandu pulang ke sebelah barat ialah kami dapat semula satu jam tambahan kerana zon waktu yang berbeza. Tiba di Dickinson masih lagi petang dan selepas daftar masuk hotel kami makan malam di sebuah restoran Jepun yang terletak berhadapan dengan hotel sahaja. Apabila tiba di Dickinson, secara rasminya saya telah demam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *