Ini merupakan bahagian kedua mengenai artikel bertajuk Carhenge Menyerupai Stonehenge. Untuk mengetahui cerita penuh, sila baca terlebih dahulu artikel bahagian pertama. Alamatnya diletakkan di bawah ini;
https://sheryonthemove.com/?p=7433
Lebih kurang setengah jam saya dan suami berada di Carhenge, cuaca akhirnya berubah dari mendung kepada cerah dengan adanya matahari. Selepas selesai bergambar, kami masuk ke dalam kedai cenderamata. Kedai ini menarik perhatian kami kerana ia dihias dengan plat kereta dari pelbagai negeri di Amerika Syarikat, negara Eropah, Kanada, dan beberapa negeri di Australia.
Pihak pengurusan kedai juga meletakkan peta negara dan memberi peluang kepada pengunjung menyucuk pin di atasnya bagi menandakan dari negeri mana pengunjung itu datang. Walaupun saya menetap di Kanada, tetapi pin yang saya cucuk diletakkan di Perth dan Melbourne, Australia.



















Gambar di bawah menunjukkan nama-nama atau model kereta yang dipamerkan di luar di tempat saya bergambar tadi.


