Selepas lawatan ke Carhenge, https://sheryonthemove.com/?p=7475 saya dan suami singgah ke bandar Alliance yang jaraknya 6 kilometer sahaja. Melalui maklumat dari Wikipedia, populasi penduduk di Alliance yang dikira sehingga tahun 2020 adalah seramai 8,151 orang.
Seperti kebiasaan, kami pasti mencari pejabat pos untuk bergambar tanda kami sudah sampai ke sesuatu tempat. Oleh kerana kami tiba pada sebelah pagi hari bekerja, maka kawasan persekitaran agak sunyi. Banyak kenderaan yang ada di pusat bandar ini tetapi tidak nampak pemiliknya kerana masing-masing berada di dalam pejabat.























Kami hanya meluangkan masa di bandar Alliance lebih kurang setengah jam sahaja. Kemudian kami menyambung pemanduan ke bandar seterusnya. Nantikan artikel mengenainya tidak lama lagi.
