Skip to content

Albuquerque, New Mexico

Selepas daftar masuk di hotel Hampton Inn by Hilton Albuquerque University/Midtown, https://sheryonthemove.com/?p=6173
saya dan suami telah keluar semula untuk makan malam. Tetapi, sebelum itu kami singgah sebentar di gedung beli belah Target kerana suami ingin membeli cenderamata di Starbucks.

Sudah banyak cawangan Target di serata Amerika yang pernah kami pergi, tetapi ini pertama kali kami melihat Target yang mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Bukan itu sahaja, malah ini pertama kali kami perlu menggunakan tangga bergerak untuk naik ke pintu masuk. Selalunya Target hanya terletak di paras jalan raya sahaja. Target ini mengingatkan saya seperti IKEA.

Selepas Target, kami singgah pula ke pasar raya Trader Joe’s untuk membeli bag beli belah pakai semula (reusable bag). Seperti yang pernah saya ceritakan di dalam artikel sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=5952,
saya mula mengumpul beg ini sejak kembara musim panas 2022.

Nampaknya beg kegemaran saya telah kehabisan stok dan kami membuat keputusan memandu hampir 30 minit untuk ke pasar raya Trader Joe’s yang kedua dengan harapan stok di sana masih ada. Di Albuquerque hanya terdapat dua sahaja cawangan Trader Joe’s. Nampaknya pemanduan kami tidak sia-sia kerana di cawangan ini masih banyak stok beg yang saya inginkan. Saya beli tiga sekaligus kerana ini dihadiahkan kepada dua kakak angkat saya di Vancouver.

Selepas semua yang diinginkan telah dapat dibeli, baharu kami senang hati untuk pergi makan malam. Walaupun terdapat beberapa kedai dan restoran halal di Albuquerque, namun kami tetapi memilih Yasmine’s Cafe. Ini merupakan kedatangan kali kedua menikmati makanan di sini dan kali ketiga buat suami saya. Saya memilih hidangan kambing dan hidangan ayam bagi suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *