Skip to content

Hampton Inn Albuquerque University/Midtown

Lokasi hotel yang saya dan suami menginap di Albuquerque sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan denga lebuh raya yang kami lalui. Oleh kerana Albuquerque ini sebuah bandar yang besar, maka tidak susah untuk mencari apa sahaja keperluan asas yang penting.

Separuh gambar hotel saya rakamkan pada hari daftar masuk dan separuh lagi dirakamkan pada waktu pagi hari seterusnya sebelum daftar keluar. Hanya kolam renang sahaja tidak dapat digunakan. Mungkin juga ia telah ditutup kerana suhu pada musim luruh sudah mula turun.

Sarapan pagi disediakan percuma setiap hari dan tempat letak kereta juga tidak dikenakan bayaran. Hidangan kegemaran saya setiap kali sarapan pagi di hotel ialah wafer yang dibuat sendiri (layang diri). Oleh kerana musim luruh berkait dengan musim labu, maka adunan untuk wafer juga ada perisa rempah labu (pumpkin spice).

Anda boleh tonton video di saluran You Tube saya di mana saya telah melawat ke ladang labu di Kanada pada musim luruh yang lalu. Link diletakkan di sini.
https://youtu.be/L1p3bB-jTZQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *