Skip to content

Banyak Kapal Terbang Letak Di Luar Rumah

Hari Ketiga (30 Oktober 2022)
Artikel ini ialah mengenai hari ketiga kembara berkereta USA bulan Oktober & November 2022. Pemanduan bermula dari Albuquerque menuju ke Las Cruces, New Mexico dengan jarak antara dua buah bandar ialah 359 kilometer. Saya tidak ceritakan keseluruhan kembara hari ketiga di dalam satu artikel kerana banyak tempat yang saya dan suami singgah di sepanjang pemanduan itu.

Anda boleh baca artikel pemanduan hari pertama dan hari kedua kembara melalui link di bawah ini.
Hari Pertama Vancouver Ke Phoenix
https://sheryonthemove.com/?p=5810

Hari Kedua Tempe Ke Winslow
https://sheryonthemove.com/?p=6019

Hari Kedua Winslow Ke Albuquerque
https://sheryonthemove.com/?p=6106

Persinggahan pertama kami ialah di Mid Valley Airpark di Los Lunas. Yang menariknya tentang tempat ini bukan landasan kapal terbang yang terletak bersebelahan dengan taman perumahan, tetapi kapal-kapal terbang itu yang diletakkan di hadapan rumah sama seperti mereka meletakkan kereta masing-masing.

Saya pernah melihat pemandangan sebegini di dalam televisyen tetapi ini pertama kali saya berpeluang melihat dari dekat. Lebih mengejutkan lagi, kapal terbang yang diletakkan di hadapan rumah bukan satu atau dua buah sahaja tetapi banyak dari itu.

Kelainan lain yang dapat dilihat ialah semua papan tanda jalan raya termasuk papan tanda berhenti (stop) di setiap simpang diletakkan sangat rendah sama seperti papan tanda yang anda lihat di lapangan terbang. Keutamaan papan tanda rendah ini ialah untuk juru terbang yang akan membawa kapal terbang dari rumah sehingga ke landasan untuk berlepas dan begitu juga setelah mendapat untuk pulang ke rumah.

Di kesempatan yang sama kami dapat melihat hiasan hiasan di luar rumah mereka sempena hari Halloween pada 31 Oktober yang disambut setiap tahun.
Suami saya dengan berjenaka mengatakan yang beliau sudah tahu di mana untuk bersara satu hari kelak. Sebagai seorang juru terbang, tidak mustahil sekiranya hasrat beliau itu menjadi kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *