Saya dan suami datang ke Holy Land atas cadangan dari sahabat saya Fifi yang menetap di Grand Froeks, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2278. Beliau telah memberi saya dua pilihan dan setelah melihat menu, saya tertarik untuk datang ke sini. Keistimewaan Holy Land ialah di sini bukan sahaja menempatkan restoran tetapi juga pasar raya. Pendek kata seluruh bangunan ini sangat besar.
Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan kami datang menikmati makanan di restoran halal yang pernah didatangi oleh Guy Fiery. Beliau merupakan pengacara rancangan jalan-jalan cari makan di saluran Food Network yang terkenal seluruh dunia. Kali pertama ialah pada bulan Mac lalu sewaktu ke Curry Fried Chicken berada di Salt Lake City, Utah. https://sheryonthemove.com/?p=1256
Kelebihan restoran ini ialah saiz hidangan yang besar dan cara layanan dari pelayan juga cekap, pantas dan memuaskan. Kami juga dikejutkan dengan pemberian tiga potong manisan secara percuma. Di bahagian pasar raya juga membuatkan saya rambang mata. Walaupun saya sekadar beli satu kotak kek tetapi setiap lorong saya masuk untuk melihat barang-barang yang dijual.
Video yang dirakamkan di Holy Land turut saya siarkan di saluran You Tube Shery On The Move.