Skip to content

Bertemu Dengan Sahabat Instagram Di USA

Pemanduan satu hari yang bermula dari Esteven, Saskatchewan, Kanada menuju ke Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat membawa saya dan suami ke beberapa tempat dan bandar baharu yang belum pernah kami lawati sebelum ini dan salah satunya ialah Grand Forks, North Dakota.

Ada bonus lain mengapa kami membuat persinggahan di sini, iaitu ingin melawat sahabat baru yang saya kenali di Instagram. Fifi berasal dari Malaysia tetapi sudah lama menetap di Grand Forks. Kami datang ke kediaman beliau pada sebelah petang dan terus di jamu dengan makan malam. Oleh kerana masih lagi pada bulan Syawal maka saya anggap kedatangan ini sebagai datang beraya.

Pada awalnya saya mahu berjumpa Fifi di luar sahaja kerana tidak mahu menyusahkan beliau tambahan pula kami datang pada hari bekerja. Walau bagaimanapun Fifi lebih suka kami datang ke rumah kerana beliau ada anak kecil. Terima kasih Fifi kerana sudi menjemput kami datang ke rumah.

Saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya dan suami kerana dapat mengembara dan berjumpa serta menziarahi sahabat atau saudara di mana sahaja mereka berada. Tidak semua orang berpeluang seperti kami, maka kerana itulah biar kami yang mengambil kesempatan ini untuk menziarahi mereka. Rezeki tidak menyebelahi kami untuk berjumpa dengan suami Fifi kerana beliau bekerja di luar bandar.

Saya dan suami pernah menetap di bandar besar dan bandar kecil di Amerika Syarikat. Saya sudah merasai bagaimana menetap di bandar yang tidak mempunyai komuniti Melayu, manakala komuniti orang Islam juga jauh dari tempat kami tinggal. Maka kerana itu saya memahami bagaimana Fifi menjalani kehidupan seharian kerana komuniti Melayu di Grand Forks hanya boleh dikira dengan jari. Semoga kehadiran kami pada hari itu dapat menceriakan Fifi dan Johan dan semoga kita dapat lagi berjumpa pada masa akan datang, InsyaAllah.

Artikel mengenai pemanduan dari Estevan dan beberapa tempat menarik yang dilawati sebelum tiba di Grand Forks boleh anda baca melalui link di bawah ini. Video rumusan kembara USA bulan Mei 2022 boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move.

Pemanduan Dari Estevan, Saskatchewan Ke Ross, North Dakota
https://sheryonthemove.com/?p=2196

Masjid Pertama Di Amerika Syarikat
https://sheryonthemove.com/?p=2232

Titik Pertengahan Amerika Utara
https://sheryonthemove.com/?p=2245

Grand Forks, North Dakota
https://sheryonthemove.com/?p=2254

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *