Persinggahan terakhir kami sebelum bermalam di Fargo ialah Grand Forks. Grand Forks ialah bandar ketiga terbesar di negeri North Dakota selepas Fargo dan Bismarck. Di mana-mana bandar besar atau kecil yang dilawati, saya suka melihat seni bina bangunan lama dan begitu juga apabila berada di Grand Forks.
Masa tidak mengizinkan untuk berada lama di pusat bandar dan tidak banyak gambar yang dapat saya rakamkan. Mungkin di lain masa kami akan datang lagi ke sini.