Skip to content

Daves’s Hot Chicken – Halal Detroit

9 Jun 2022
Saya dan suami datang ke Dave’s Hot Chicken untuk makan malam pada hari ke-4 pemanduan kembara USA bulan Jun 2022 yang bermula dari Bloomington, Minnesota menuju ke Detroit, Michigan. Lokasi restoran ini terletak tidak jauh dari hotel kami menginap di Detroit.

Pada awalnya kami ingin batalkan sahaja makan malam di Dave’s Hot Chicken kerana kami melihat ramai orang sehingga mereka berdiri di pintu luar. Tetapi apabila masuk, baharu kami nampak masih ada beberapa meja kosong. Rupanya pelanggan lebih banyak membeli untuk dibawa pulang berbanding makan di situ.

Suami saya mengikuti perkembangan Dave’s Hot Chicken melalui Instagram sejak Dave’s Hot Chicken masih belum mempunyai cawangan lagi. Ia adalah pada tahun 2017. Selepas lima tahun, Dave’s Hot Chicken kini mempunyai berpuluh-puluh cawangan di Amerika Syarikat dan masih lagi ada banyak cawangan baharu yang bakal dibuka.

Kami mengambil dua set berbeza iaitu set Dave’s #1 2 Tenders with Fries dan set Dave’s #2 2 Sliders with Fries. Saya cadangkan anda ambil tahap kepedasan mild atau medium sahaja. Tahap ini tetap akan rasa kepedasan yang sederhana. Jangan ambil tahap hot dan keatas kerana saya pasti anda tidak akan menikmati kesedapan ayam sekiranya terlalu pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *