10 Jun 2022
Saya mengetahui My Thai Halal Kitchen apabila ternampak dari dalam kereta sewaktu pemanduan saya dan suami pada awal pagi dari hotel di Detroit menuju ke Lansing, Michigan. Oleh kerana restoran ini terletak tidak jauh dari hotel kami, maka kami mengambil keputusan untuk makan malam di My Thai Halal Kitchen pada hari yang sama.
Menu yang dipesan ialah;
Tom Yum
Thai Wings
Drunken Noodles
Pad Prik
Thai Iced Tea
Andaman Sea
Secara keseluruhannya, restoran ini bukanlah restoran Thai terbaik. Makanannya seperti kurang ‘power‘ kerana saya dapat agak yang tukang masaknya bukan org Thailand. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana di sini terdapat banyak restoran halal. Kata orang, kalau tidak cuba tidak tahu.
Sekiranya anda ingin datang ke My Thai Halal Kitchen, anda boleh mencuba drunken noodles dan pad prik tetapi tolong jangan cuba tom yum kerana ia tidak sedap langsung. Perencah segera lebih sedap berbanding tom yum di sini. Thai iced tea juga tersangat manis. Video penuh sewaktu saya makan di restoran ini boleh anda tonton melalui link yang saya letakkan di bawah.
https://youtu.be/vyi7L7bTSEA