Skip to content

Taman Negara Glacier (Bahagian 1)

13 Mei 2023
Artikel ini ialah mengenai kembara berkereta hari kedua merentasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2023. Anda boleh baca artikel kembara berkereta pada hari pertama melalui link di bawah ini.
Hari Pertama Bahagian 1 |
https://sheryonthemove.com/?p=6765
Hari Pertama Bahagian 2
https://sheryonthemove.com/?p=6787

13 Mei 2023
Pemanduan ke Taman Negara Glacier pada sebelah pagi bermula dari hotel yang saya dan suami menginap selama 3 hari dua malam. Artikel mengenai hotel kami boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=6826
Jarak antara hotel dan pintu masuk Taman Negara (melalui pintu bahagian barat) ialah 41 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 30 minit.

Harga untuk masuk ke Taman Negara Glacier berbeza mengikut kategori. Oleh kerana kami kerap melawat ke taman negara, maka kami mengambil keputusan untuk beli pas tahunan yang boleh diguna selama satu tahun dari tarikh pembelian.

Dari pintu masuk, pemanduan diteruskan menuju ke Apgar Village yang mengambil masa kurang dari 10 minit. Apgar Village terkenal kerana terdapat tempat perkhemahan. Selain itu, di sini juga terdapat pusat khidmat pelancong, kedai cenderamata, restoran, kedai peralatan perkhemahan dan banyak lagi,

Lebih menarik lagi apabila berada di Apgar Village ialah, pelancong dapat melihat keindahan Tasik McDonald di mana ia adalah tasik terbesar di dalam Taman Negara Glacier.
Komen ringkas yang dapat saya ulaskan mengenai tasik ini ialah, ia sangat mendamaikan. Dalam keadaan persekitaran yang sunyi, air yang jernih membiru bergandingan juga dengan langit membiru dan gunung ganang yang masih diselaputi salji. Sempurna sungguh ciptaan Tuhan!

Artikel mengenai Taman Negara Glacier akan bersambung ke bahagian dua dan akan disiarkan tidak lama lagi. Lebih banyak gambar-gambar menarik yang bakal saya kongsikan dengan para pembaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *