Skip to content

Taman Negara Glacier (Bahagian 2)

Artikel ini ialah mengenai lawatan saya ke Taman Negara Glacier, Montana, Amerika Syarikat pada musim bunga yang lalu. Untuk mendapatkan maklumat yang penuh beserta gambar-gambarnya sekali, anda perlu baca dahulu artikel bahagian pertama. Link saya letakkan di bawah ini.
https://sheryonthemove.com/?p=6862

Selepas bersiar-siar di Apgar Village dan melihat pemandangan Tasik McDonald, saya dan suami singgah di pusat khidmat pelancongan Apgar. Kami tidak beli sebarang cenderamata di sini tetapi datang dengan tujuan untuk menambah cop di dalam passport taman negara yang kami beli pada tahun lalu.

Dari pusat khidmat pelancongan, kami mula memandu untuk pulang ke Whitefish. Nampaknya pemanduan pulang ini bertambah menarik dan memudahkan lagi untuk saya rakamkan gambar kerana pemandangan yang cantik ialah di sebelah kanan saya (di dalam kereta).

Sejak saya memulakan kembara berkereta di Amerika Syarikat pada tahun 2012, saya sudah jatuh cinta dengan pemandangan sungai di atas kawasan pegunungan. Pemandangan ini tidak pernah menjemukan saya tambahan pula airnya berwarna kebiru-biruan dan kehijau-hijauan. Saya pernah berjenaka dengan suami dan saya katakan yang saya menyukai sungai bearangkali kerana sekolah rendah saya ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak.

Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu kami berhenti menikmati keindahan kawasan pegunungan sambil mendengar deruan air sungai yang mengalir. Terlalu banyak gambar yang saya rakamkan sehingga saya terpaksa menyambung artikel ke bahagian tiga yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *