Sedang saya menikmati pemandangan persekitaran pada sebelah pagi semasa pemanduan dari hotel menuju ke Taman Negara Glacier, ada salah sebuah kedai yang menarik perhatian saya dan berhasrat untuk singgah berhenti di kedai itu sewaktu di dalam pemanduan pulang nanti. Anda boleh baca artikel mengenai lawatan saya ke Taman Negara Glacier melalui link di bawah ini;
Bahagian 1
https://sheryonthemove.com/?p=6862
Bahagian 2
https://sheryonthemove.com/?p=6916
Bahagian 3
https://sheryonthemove.com/?p=6955
Nasib baik menyebelahi saya dan suami kerana kedai itu telah dibuka semasa kami ingin pulang. Yang membuatkan saya tertarik melihat dari jauh ialah kerana ia menjual ais krim dan hiasan luar kedai seakan memujuk bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa untuk datang. Akan tetapi, saya tidak tahu bahawa keistimewaan sebenar ialah penjualan produk yang diperbuat dari buah huckleberry.
Pernahkah anda mendengar atau melihat buah huckleberry? Jujur saya katakan di sini yang saya belum pernah melihat dan mendengar kewujudan buah huckleberry sehinggalah pada hari saya sampai di kedai Willow’s Huckleberry Land. Saya pasti ramai yang belum pernah mendengar buah huckleberry kerana ia jarang dijual di pasar raya tidak seperti buah stroberi, beri hitam atau beri biru.
Di dalam gambar-gambar di bawah, anda dapat melihat pelbagai produk makanan, minuman dan manisan yang diperbuat dari buah huckleberry yang dijual dengan harga berpatutan. Selain itu, pelbagai pilihan cenderahati turut membuatkan pengunjung rambang mata. Saya dan suami telah membeli minuman milkshakes huckleberry tetapi tidak ada gambar yang dapat dikongsikan kerana saya rakamkan dalam bentuk video dan telah disiarkan di YouTube video shorts. https://www.youtube.com/shorts/5QdNnh6HKg4




















Willow’s Huckleberry Land
8730 US-2, Hungry Horse, Montana, USA
