Skip to content

Sambungan Pemanduan Dari Dickinson Ke Great Falls

Artikel ini ialah sambungan dari bahagian 1. Artikel mengenainya boleh anda baca melalui link ini. https://sheryonthemove.com/?p=2510

Tinggal lebih kurang 149 kilometer sebelum tiba di Great Falls, kami singgah di sebuah stesen minyak di Moore yang terletak di tepi simpang besar yang di sekelilingnya hanya terdapat ladang. Sebaik sahaja keluar dari kereta, saya dapat menghidu dengan kuat bau najis lembu atau kambing.

Saya masuk ke stesen minyak kerana ini menggunakan tandas. Dari luar nampak bangunannya agak kecil tetapi saya tidak menyangka di dalamnya terdapat restoran dan kedai menjual cenderamata, minuman serta makanan ringan. Masuk di kedai ini memang terasa seperti berada di dalam pekan ‘koboi’ pada zaman dahulu kala seperti drama atau filem lama. Saya juga turut ceritakan mengenai kedai ini dan kongsikan video You Tube di dalam ruangan Shery NN Berbicara yang ke-60. https://youtu.be/5FHJofhF0r0

Artikel ini adalah yang terakhir bagi kembara Amerika Syarikat bulan Mei 2022. Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca mengenai kembara ini, sila rujuk kembali dari artikel pertama yang saya siarkan bermula dari tarikh 8 Jun 2022.
Anda juga boleh menonton video di saluran You Tube di mana video-videonya saya muat naik di dalam playlist Shery NN Berbicara, Road Trip USA, Travels dan Hotels.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *