6 Jun 2022
Saya mengambil penerbangan pada 6 Jun 2022 dari Vancouver ke Calgary, Alberta kerana ingin meneruskan pemanduan kembara USA. Penerbangan awal pagi itu ialah pada jam 6:30 pagi. Saya tidak tidur semalaman kerana bukan mudah untuk tidur awal pada malam berikutnya dan bangun seawal 2:00 pagi untuk bersiap dan ke lapangan terbang.
Saya mengambil perkhidmatan Uber untuk ke lapangan terbang dan sebaik sahaja sampai di sana, saya terkejut melihat di dalam bangunan terminal yang sudah sesak dengan bakal penumpang. Saya tiba pada jam 3:30 pagi, dan tentunya penumpang lain sudah datang lebih awal dari saya.
Walaupun saya telah melakukan daftar masuk secara online pada hari sebelumnya, tetapi saya tetap perlu berbaris panjang untuk menghantar bagasi. Kaunter menghantar bagasi memerlukan bantuan petugas penerbangan. Ini berbeza dengan di Lapangan Terbang Antarabangsa Calgary kerana terdapat mesin atau kaunter menerima bagasi secara elektronik.
Anda boleh tonton video sewaktu saya baharu keluar dari rumah dan tiba di lapangan terbang melalui link ini. https://youtu.be/EiSe2aq_Xeg
Penumpang hampir memenuhi kabin pesawat dan hanya tinggal beberapa tempat duduk kosong di bahagian belakang. Saya beruntung kerana dua tempat duduk di sebelah saya kosong, maka saya dapat rakamkan gambar dan video di tepi tingkap. Saya juga berpeluang melihat kawasan kejiranan saya sewaktu pesawat berlepas. Anda boleh tonton video penuh penerbangan sewaktu berlepas dan mendarat melalui link ini.
Saya turut kongsikan video di dalam ruangan Shery NN Berbicara sewaktu kembara ini dari hari pertama sehingga hari kelima. https://youtu.be/EiSe2aq_Xeg