Skip to content

Pemanduan Dari Havre Ke Jamestown

7 Jun 2022
Oleh kerana hari sebelumnya kami terlalu letih dan tidak cukup tidur, maka kami tidur awal dan pagi esoknya juga kami bangun awal. Selepas mengambil minuman panas di ruang makan (sarapan pagi percuma) di hotel Best Western Plus Great Northern Inn, Havre, kami memulakan pemanduan hari kedua sebelum jam 6:30 pagi. https://sheryonthemove.com/?p=2684

Hujan tidak berhenti dari tengah malam sehingga ke pagi. Kami memandu di jalan yang boleh dikatakan agak pendalaman. Walaupun menempuhi banyak kampung dan pekan kecil tetapi keseluruhan pemandangan ialah ladang-ladang. Setelah hampir tiga jam pemanduan pertama, baharu ada McDonalds’s dan kami singgah sebentar untuk sarapan pagi.

Sebenarnya saya dan suami memang suka memandu di kawasan pendalaman kerana pemandangannya. Lebih pendalaman tempat itu, lebih banyak gambar yang saya dapat rakamkan. Apabila hampir ke tengah hari, baharu hujan berhenti dan kami mula memandu di lebuh raya pula. Cuaca masih lagi mendung, berawan dan berangin. Kami selamat sampai di hotel pada awal petang. Sempat lagi berehat sebelum keluar semula untuk makan malam.

Jarak dari Best Western Plus Havre, Montana ke Hampton Inn Jamestown, Montana ialah 966 kilometer. Anda boleh menonton video lima hari pertama kembara dan pemanduan melalui link yang saya letakkan di bawah artikel ini.

kfkfsdk https://youtu.be/EiSe2aq_Xeg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *