Impian saya dan suami untuk melawat ke masjid pertama dan tertua di Amerika Syarikat (AS) telah bertahun-tahun dipendamkan. iaitu setelah kami melawat ke gereja pertama di (tanah besar) AS pada 10 tahun lalu. Artikel mengenai lawatan ke gereja telah disiarkan di dalam blog lama saya.
https://sharery.blogspot.com/search?q=santa+fe
Walaupun kami kerap ke AS tetapi rezeki tidak menyebelahi kami untuk datang melawat ke masjid ini. Faktor utamanya ialah lokasi masjid itu sendiri. Ia terletak di tengah ladang-ladang di kawasan pedalaman di Ross, North Dakota. Tidak ada sesiapa yang akan datang ke Ross jika tidak bersebab termasuk kami juga. Ross ibarat seperti gurauan bahasa pasar orang Melayu iaitu terletak di tempat ‘jin bertendang’.
Oleh kerana pada kali ini kami memulakan pemanduan kembara dari Edmonton, Alberta, maka kerana itulah pada hari berikutnya kami bermalam di Estevan, Saskatchewan hanya semata-mata untuk memasuki sempadan yang paling hampir dengan Ross. Artikel mengenainya boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=2196
Walaupun tidak dapat masuk ke masjid, tetapi bergambar di luar juga telah memuaskan hati dan impian menjadi kenyataan. Oleh kerana angin yang tersangat kuat, saya terpaksa memegang patung yang saya letakkan di celah pagar. Jika tidak dipegang, besar kemungkinan patung akan melayang masuk ke kawasan masjid yang telah berkunci itu.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat kubur di dalam kawasan masjid ini. Ia dapat anda lihat melalui video yang saya rakamkan dan disiarkan di saluran You Tube Shery On The Move. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai masjid ini, anda boleh baca artikel yang disiarkan oleh The New York Times. https://www.nytimes.com/2016/05/28/us/north-dakota-mosque-a-symbol-of-muslims-deep-ties-in-america.html