Hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-12 ialah pada 25 September, tetapi makan malam sempena meraikannya terpaksa ditangguhkan dua minggu kerana suami saya bertugas di luar kawasan. Restoran yang kami pergi ialah Ember Indian Kitchen di Steveston, iaitu 20 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Sebaik sahaja mendapat meja dan tempat duduk, kami disapa oleh pemilik restoran dengan memberi Assalamualaikum. Di awal perbualan beliau sudah meyakinkan kami bahawa makanan di sini 100% halal dan beliau juga seorang Muslim. Saya dan suami memang sudah lama tahu yang restoran ini halal malah sebelum ini kami sudah banyak kali pandu lalu di hadapan restoran.…
Leave a CommentTag: lifestyle
Musim luruh di Hemisfera Utara secara rasminya jatuh pada 22 September 2021. Inilah musim kegemaran saya berbanding tiga musim yang lain.Bulan September merupakan bulan kedua kegemaran saya selepas November kerana hari ulang tahun perkahwinan saya ialah 25 September. Selain itu, saya teruja kerana musim perlawanan hoki ais NHL juga bermula pada bulan ini. Selain itu, ada satu lagi penambahan yang membuatkan saya begitu gembira kerana bermula bulan ini iaitu sepanjang musim luruh, saya menghadiri kelas luncur ais. Kisah sepenuhnya mengenai kelas yang saya hadiri boleh anda tonton di saluran You Tube saya. di dalam ruangan Shery NN Berbicara yang ke-33.…
Leave a CommentSaya mula memberi kesedaran kesihatan mental di media sosial dan memakai riben hijau sejak dari tahun 2019 iaitu setelah saya mula mendapatkan rawatan dari pakar perubatan profesional. Tujuan utama saya dalam memberikan kesedaran ini ialah kerana kesedaran kesihatan mental masih kurang diberi pendedahan ditambah pula dengan halangan dari stigma. Apa itu stigma? Stigma ialah diskriminasi, tanggapan negatif dan prejudis masyarakat terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.Masalah kesihatan mental datang tidak mengenal umur, etnik, agama, warna kulit atau agama seseorang. Sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Setiap manusia (dan haiwan) yang dilahirkan dengan adanya otak dan akal fikiran, pasti akan mengalami masalah…
Leave a Comment