Skip to content

Makan Malam Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-12 ialah pada 25 September, tetapi makan malam sempena meraikannya terpaksa ditangguhkan dua minggu kerana suami saya bertugas di luar kawasan.

Restoran yang kami pergi ialah Ember Indian Kitchen di Steveston, iaitu 20 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Sebaik sahaja mendapat meja dan tempat duduk, kami disapa oleh pemilik restoran dengan memberi Assalamualaikum. Di awal perbualan beliau sudah meyakinkan kami bahawa makanan di sini 100% halal dan beliau juga seorang Muslim. Saya dan suami memang sudah lama tahu yang restoran ini halal malah sebelum ini kami sudah banyak kali pandu lalu di hadapan restoran. Beliau melihat nama tempahan meja iaitu Noordin dan mengatakan komuniti di negara asal beliau di Uganda juga ramai yang bernama Noordin. Saya mengatakan kepada beliau yang itu ialah nama bapa saya.

Walaupun hidangan yang anda lihat di dalam gambar di bawah nampak sedikit, tetapi ia cukup mengenyangkan sehingga saya terpaksa membawa balik makanan yang tidak habis. Tidak ada di dalam gambar ialah roti naan bawang putih kerana kami memesan selepas dari makanan utama tiba di meja kami. Hidangan yang kami nikmati ialah;
-Chai Indian Masala
-Pili-Pili Chicken with Sweet Chilli Mango Sauce
-Kuku Paka with Rice (seperti ayam masak lemak)
-Boneless Chicken Karai with Rice
-Garlic Naan

Video penuh sewaktu makan malam ini boleh ditonton di saluran You Tube saya. https://youtu.be/drd0_-FnJ6s

Ember Indian Kitchen
6168 London Road #135 London &, Dyke Rd, Richmond, BC V7E 4J2
http://emberikitchen.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *