Warna tema untuk saya dan suami pada hari makan malam ialah ungu. Pakaian, jaket dan kuku palsu dibeli dari SHEIN. Kasut dan beg tangan yang saya pakai pula sudah berusia 20 atau 21 tahun! Apabila saya keluarkan beg tangan dari dalam kotak, saya cuba melihat jenamanya. Rupanya ia adalah beg tangan percuma setelah membeli kanta lekap berwarna. Saya masih ingat lagi ianya dibeli di Ipoh, Perak.
Satu cerita lain yang menarik ialah kasut yang saya pakai pada malam itu. Jenamanya ialah Roselle by Panache. Saya beli di Parkson Grand Ipoh sewaktu saya masih bekerja sebagai jurujual di sana. Saya bekerja di bahagian pakaian lelaki dan bahagian kasut wanita pula hanya bertentangan dengan tempat saya. Kasut ini saya beli untuk dipadankan dengan baju raya pada tahun itu. Saya tidak pernah pakai kasut ini sejak berhijrah ke Australia 12 tahun lalu. Agak memeranjatkan kerana kualitinya yang bagus dan masih dalam keadaan baik. Nampaknya kasut ini bertuah kerana sudah menetap di tiga buah negara dan akhirnya saya pakai sempena hari ulang tahun perkahwinan pada tahun ini.
Video makan malam boleh ditonton di dalam saluran You Tube saya https://youtu.be/drd0_-FnJ6s. Saya turut kongsikan kod diskaun di bawah ini sekiranya anda berminat untuk membeli barangan atau pakaian dari WISH dan SHEIN.
Face Mask : WISH. Look what I found on Wish! I’m giving you CA$7 off your first purchase with code: wsnwlgq
https://dl.wish.com/JffLF
Fake Nails, Dress, Jacket : SHEIN
Use this code for 10% off for new SHEIN user/customer. https://shein.top/7tnunup