Skip to content

Selamat Datang Ke Shery On The Move

Selamat Datang Ke Shery On The Move!

Alhamdulilah, akhirnya satu lagi pencapaian peribadi saya dapat dicapai pada tahun ini. Keputusan untuk beralih dari laman blogspot ke laman sesawang sendiri bukanlah mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun! Suami saya berkali-kali mencadangkan supaya beralih ke laman sesawang sendiri sejak dari lapan atau sembilan tahun lalu tetapi saya tidak hiraukan. Saya anggap agak remeh untuk memulakan laman web yang baharu. Seperkara lagi saya tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli domain sedangkan saya boleh menggunakan blogspot dengan percuma. Selain itu, faktor utama saya tidak berminat ialah saya berasa sayang untuk meninggalkan blog Terjemahan Hati yang menjadi peneman saya sejak dari tahun 2010.

Peredaran masa serta faktor kerjaya saya yang semakin berkembang membuatkan hati saya terbuka untuk beralih ke laman sesawang sendiri tanpa paksaan suami saya lagi. Impian saya ialah untuk mengukuhkan jenama peribadi. Saya ingin Shery On The Move terus berkembang dengan cara tersendiri dan yang penting sekali saya berharap setiap apa yang dikongsikan di sini dapat memberi pengetahuan, pengajaran dan kesedaran kepada para pembaca. Maka dengan rasminya, Shery On The Move dilancarkan pada 25 September 2021. Saya sengaja memilih tarikh ini kerana ia adalah hari pernikahan saya dan suami. 🙂

Saya ingin ucapkan selamat datang kepada pembaca baharu dan jutaan terima kasih kepada pembaca dan pengikut setia blog Terjemahan Hati kerana sudi mengikut saya beralih ke sini. Sekadar peringatan, saya tetap akan menjaga blog Terjemahan Hati. Anda masih boleh ke sana untuk rujukan kembara atau untuk mengenali saya dengan lebih dekat lagi. Alamatnya ialah, http://www.sharery.blogspot.com

Oleh kerana suami saya sudah lama menginginkan saya mempunyai laman sesawang sendiri, maka dengan ini saya juga turut maklumkan bahawa, Shery On The Move ialah hadiah yang saya berikan kepada suami sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-12! 🙂

Salam Sayang Dari Saya,
SHERY NN

9 Comments

  1. Mida Mida

    Alhamdulillah, congratulations on your new website sis!

    ♥️,
    Jiran dekat tapi jauh

    • Shery NN Shery NN

      Alhamdulilah 🤲🏼. Terima kasih jiran dekat tapi jauh kerana menjadi penghantar komen pertama untuk website SOTM! 🤗😘🌹

  2. Zoomy Zoomy

    Congrats Sherry 👍

  3. Diyana Akmal Diyana Akmal

    Tahniah sahabat! Semoga terus sukses! 😘🌹🌹🌹

  4. Diyana Akmal Diyana Akmal

    Tahniah sahabat! Semoga terus sukses! 😘🌹🌹🌹

  5. Rohana Ramly Rohana Ramly

    Tahniah Shery.. nama Shery on the Move ni very trendy, catchy dan funky.. looking forward to more stories from you.. inshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *